Jumat, 04 November 2011

Berinovasi memicu kejayaan

Seringkali kedengaran masyarakat kita sekarang ini memperkatakan tentang inovasi. Inovasi adalah cara atau pendekatan baru dalam melakukan sesuatu. Tidak hanya inovasi terhadap bidang penciptaan sahaja malah meliputi semua aspek seperti pengurusan, pentadbiran, teknologi maklumat dan komunikasi, perindustrian serta lain2 lagi. Inovasi adalah merupakan pensyarat untuk menjadikan sesebuah negara terutamanya Malaysia yang baru sahaja menyambut hari kemerdekaannya kali yang ke-53 dengan bertemakan “1 Malaysia Menjana Transformasi” . Ia menjadikan Malaysia adalah sebuah negara maju. Keupayaan inovasi dan pembaharuan yang dicipta bakal membawa negara sebaris dengan negara maju terdahulu seperti Amerika dan Britain.
Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi?
  • Menurut Kinicki dan William (2003), Inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik. Ini bermakna, setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak akan bersaing untuk menghasilkan idea yang kreatif bagi manfaat organisasi bersama. Inovasi juga berfikir(deemed) untuk menghasilkan sesuatu yang baru di pasaran yang akan merubah persamaan antara permintaan dan pengeluaran (supply-demand equation).
Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan secara mudah bahawa inovasi sebagai:
  • Penghasilan baru
  • Berdasarkan proses penyusunan semula
  • Menggunakan unsur yang sedia ada
  • Penghasilan sesuatu yang unik, mudah dan bernilai
Perlaksanaan Inovasi dilakukan oleh mereka yang berfikiran kreatif untuk peneraju (pioneer) dah meraih peluang yang maksimum.
Secara am, inovasi terdapat dalam dua peringkat iaitu:
A) Peringkat Individu
Peringkat ini, inovasi dilaksanakan oleh individu berfikiran kreatif. Terdapat pelbagai cara untuk menjadi individu yang berfikiran kreatif dan kritis seperti dengan menimba ilmu, meneliti persekitaran dan seterusnya membina idea baru. Cetusan idea2 bukan sahaja dapat menghasilkan teknologi baru, membaiki kualiti sesuatu benda atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah malahan mengubah ketamadunan manusia.
  • Sebagai contoh penggunaan mesin taip yang digunakan sekita tahun 1870-an sehingga 1980-an yang dihasilkan oleh Peter Mitterhofer. Kemudian revolusi mesin taip bertukar kepada penghasiln komputer elektronik oleh Charles Babbage yang dilihat untuk membaiki kualiti sesuatu kerja serta di hasilkan seiring dengan arus kemodenan teknologi dan persekitaran semasa. Secara ringkasnya jika dilihat dengan contoh yang diberikan ia diistilahkan sebagai modifikasi. Oleh itu setiap individu perlu sedar kepentingan ilmu untuk mencetuskan pemikiran kreatif dan inovatif dalam usaha menuju kearah pembangunan diri atau organisasi.
B) Peringkat Organisasi
Di peringkat ini pula, inovasi merupakan salah satu ciri penting dalam sesebuah organisasi yang dinamik dan terbuka. Setiap organisasi sentiasa berinteraksi secara aktif san prospektif dengan persekitaran. Prospektif ialah sifat mencari peluang baru untuk menguasai keadaan atau untuk meraih keuntungan yang maksimum atau juga memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pekerjanya.
Organisasi inovatif adalah organisasi yang berwawasan dan bijak merencana rancangan strategik. Ini boleh direalisasikan dengan cara:
  1. Meneliti ciri2 kekuatannya dan menggunakannya untuk mempertahankan kedudukannya dalam sesuatu ekosistem.
  2. Meneliti kelemahan2 merangka strategi mengatasi setiap kelemahan dengan cekap dan pantas.
  3. Meneliti ekosistem dan mengenal pasti peluang2 yang ada untuk memperolehi secara sistematik.
  4. Mengatur strategi, dasar dan prosedur untuk menentang ancaman dan bahaya dari luar dan dalam organisasi.
Hanya negara yang memiliki perisian intelek dan berteknologi canggih seta terkini dapat berada di barisan hadapan. Bahawa inovasi bukan lagi milik sesiapa, bukan juga milik mana2 negara atau bangsa. Ia boleh dimiliki oleh semua dan jika dijadikan amalan budaya hidup, ia boleh memperkasakan sesebuah bangsa.

Budaya inovasi merupakan salah satu daripada aspirasi. Dalam pengertian yang mudah, budaya inovasi merujuk kepada kesediaan untuk berubah serta mencuba sesuatu yang baru dalam semua aspek kehidupan.Tujuannya adalah untuk mencapai kemakmuran, kedamaian, kesenangan,kesejahteraan dan kelestarian melalui penyelesaian secara kreatif. Marilah kita sama2 mentransformasikan diri kearah budaya berinovasi dan penuh dengan kreativiti bukan mentransformkan diri menjadi transformers. huhuhu… saja nak gurau2.

Memang jelas antara faktor kejayaan sesebuah organisasi adalah mengamalkan budaya inovasi yang tinggi. Penyelidikan, program pembangunan serta penglibatan anggota amat penting dalam memastikan sesebuah organisasi dapat terus berinovasi dan bersaing dalam dunia yang sentiasa berubah. Pengalaman kejayaan adalah bagi badan perniagaan organisasi manapun boleh dijadikan contoh dan model sebagai sandaran sekiranya kita ingin terus berjaya. Maka sudah tiba masanya kita menanamkan semangat berinovasi dengan menyediakan pelbagai program dan platform untuk kreatif dengan semangat berinovasi yang tinggi dan ulung. Semoga dengan pendekatan ini dapat membantu kita menuju kearah kecemerlangan. Amin… mudah-mudahan.

sumber: http://hairilhazlan.com/2010/berinovasi-adalah-pemacu-untuk-kejayaan/

Tidak ada komentar:

Posting Komentar